Tuesday, 29 March 2011

KAEDAH KAJIAN

5.0 Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

5.1 Pemerhatian
          Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian di sekeliling kawasan SS18, Subang Jaya. Pemerhatian dijalankan supaya dapat melakar kawasan kajian. Tujuan kedua adalah unuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar yang berlaku disekitar kawasan SS18, Subang Jaya.

5.2 Temu Bual
          Seterusnya, saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapat maklumat yang penting untuk kajian saya. Saya telah memilih tiga orang responden unutk maklumat yang diperlukan oleh saya. Dengan ini saya lebih memahami tentang pencemaran alam yang berlaku di sekitar SS18, Subang Jaya. 

5.3 Soal Selidik
          Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menjalankan kaedah ini dengan menyediakan borang soal selidik. Borang  soal selidik ini merangkumi  jenis pencemaran, kesan pencemaran dan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan SS18, Subang Jaya.

5.4 Rujukan
          Akhirnya, saya telah membuat rujukan di pusat sumber. Saya telah menjalankan rujukan ini untuk mendapatkan maklumat seperti jenis, kesan dan punca pencemaran alam. Buku teks dan rujukan mata pelajaran Geografi juga banyak membantu saya untuk mengumpulkan maklumat tentang senarai aspek-aspek penting. Saya juga telah melayari beberapa laman web di internet unutk mencari maklumat unutk kerja kursus geografi ini.

1 comment: