Subang Jaya
Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 1, 000, 000 orang.Sejarah Subang Jaya
Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (municipality), yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling. Ia telah ditubuhkan mengikut akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No; 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan ekseasi kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.
Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan secara baiknya. Dalam perbandaran ini tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.
Subang Jaya dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong Subang Jaya juga dihubungkan KTM Komuter. Oleh sebab pencapaian yang tinggi, kemudahan yang cukup dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik beganda di beberapa tempat.
Subang Jaya dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Inti, Metropolitan serta Universiti Sunway yang terletak 15km dari Subang Jaya. Ini merupakan punca utama perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.
Antara perkembangan prasana terkini ialah pembinaan flyover Hubungan Subang-Kelana Jaya yang menghubungkan Bulatan Kewajipan di Lebuhraya Persekutuan.
Pada Mei, 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya, SS14, SS15, Bandar Sunway, USJ11 dan USJ8 sebagai peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
Selain itu, jarak beberapa tempat seperti Bandar Sunway, Shah Alam dan Kuala Lumpur tidak begitu jauh ataupun dekat dari Subang Jaya ke Bandar Sunway ialah sekurang-kurangnya 5km, ke Shah Alam ialah 8km dan ke Kuala Lumpur ialah 12km.
must we use subang jaya...can't we just go 2 ss19
ReplyDelete