Tuesday, 29 March 2011

KAEDAH KAJIAN

5.0 Kaedah Kajian

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

5.1 Pemerhatian
          Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian di sekeliling kawasan SS18, Subang Jaya. Pemerhatian dijalankan supaya dapat melakar kawasan kajian. Tujuan kedua adalah unuk mengenal pasti pencemaran alam sekitar yang berlaku disekitar kawasan SS18, Subang Jaya.

5.2 Temu Bual
          Seterusnya, saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk mendapat maklumat yang penting untuk kajian saya. Saya telah memilih tiga orang responden unutk maklumat yang diperlukan oleh saya. Dengan ini saya lebih memahami tentang pencemaran alam yang berlaku di sekitar SS18, Subang Jaya. 

5.3 Soal Selidik
          Selain itu, saya juga telah menggunakan kaedah soal selidik. Saya telah menjalankan kaedah ini dengan menyediakan borang soal selidik. Borang  soal selidik ini merangkumi  jenis pencemaran, kesan pencemaran dan cadangan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di kawasan SS18, Subang Jaya.

5.4 Rujukan
          Akhirnya, saya telah membuat rujukan di pusat sumber. Saya telah menjalankan rujukan ini untuk mendapatkan maklumat seperti jenis, kesan dan punca pencemaran alam. Buku teks dan rujukan mata pelajaran Geografi juga banyak membantu saya untuk mengumpulkan maklumat tentang senarai aspek-aspek penting. Saya juga telah melayari beberapa laman web di internet unutk mencari maklumat unutk kerja kursus geografi ini.

KAWSAN KAJIAN

4.0 Kawasan Kajian

Subang Jaya
          Subang Jaya adalah salah satu kawasan perumahan yang terletak di daerah Petaling, Selangor, Malaysia dalam kawasan Lembah Kelang. Bandar ini berdekatan dengan kawasan UEP Subang Jaya (USJ) yang baru dan lebih besar. Subang Jaya meliputi tanah seluas 5.83 km persegi serta populasi lebih 1, 000, 000 orang.
  
Sejarah Subang Jaya   
          Subang Jaya dibangunkan oleh Sime UEP Berhad, bahagian pembangunan hartanah konglomerat Malaysia Sime Darby Berhad. Dahulunya, tanahnya dijadikan ladang kelapa  sawit bernama Seafield Estate. Kerja pembangunan Subang Jaya bermula pada 1974 dan siap pada 1988. Sejurus selepas itu, Sime UEP mula membuka tanah untuk membina USJ.
           Pada 1997, Subang Jaya dianugerahkan status perbandarannya sendiri (municipality), yang mana Subang Jaya telah dipindahkan daripada pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
          MPSJ yang baru ditubuhkan, bukan sahaja memegang kuasa pentadbiran tempatan di Subang Jaya, malah juga di USJ, Bandar Sunway, Puchong dan tempat-tempat lain di daerah Petaling. Ia telah ditubuhkan mengikut akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) di bawah Seksyen 4 melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No; 26 bertarikh 2 Januari 1997 berikutan ekseasi kenaikan taraf dari Majlis Daerah Petaling.
          Setelah sekian lama, Subang Jaya berjaya dibangunkan sebagai satu komuniti yang dilengkapi dengan kemudahan secara baiknya. Dalam perbandaran ini tempat ibadat dan pusat komersial. Kompleks beli-belah seperti Subang Parade dan Carrefour menjadi tumpuan utama pembeli tempatan. Di USJ, Summit Subang USJ dan Giant turut menyediakan alternatif kepada penduduk Subang Jaya.
          Subang Jaya dihubungkan erat dengan bandaraya Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam serta Bandar Sunway dan Klang melalui serangkaian lebuh raya, iaitu Lebuhraya Pantai Baru, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah, dan Lebuhraya Damansara-Puchong Subang Jaya juga dihubungkan KTM Komuter. Oleh sebab pencapaian yang tinggi, kemudahan yang cukup dan lokasi yang strategik, permintaan untuk hartanah di Subang Jaya meningkat, mengakibatkan harga naik beganda di beberapa tempat.
          Subang Jaya dikenali sebagai kawasan institusi pengajian tinggi, di mana terletaknya kolej swasta yang masyhur seperti Kolej Taylor's, Inti, Metropolitan serta Universiti Sunway yang terletak 15km dari Subang Jaya. Ini merupakan punca utama perumahan di kawasan itu, terutamanya di SS15, dijadikan penginapan bagi para penuntut. Pejabat-pejabat yang menawarkan perkhidmatan penuntut juga didirikan di situ.
          Antara perkembangan prasana terkini ialah pembinaan flyover Hubungan Subang-Kelana Jaya yang menghubungkan Bulatan Kewajipan di Lebuhraya Persekutuan.
           Pada Mei, 2007, terdapat satu cadangan untuk meluaskan liputan landasan LRT ke kawasan Subang Jaya, SS14, SS15, Bandar Sunway, USJ11 dan USJ8 sebagai peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.
          Selain itu, jarak beberapa tempat seperti Bandar Sunway, Shah Alam dan Kuala Lumpur tidak begitu jauh ataupun dekat dari Subang Jaya ke Bandar Sunway ialah sekurang-kurangnya 5km, ke Shah Alam ialah 8km dan ke Kuala Lumpur ialah 12km.

         

OBJEKTIF KAJIAN

3.0 Objektif Kajian

Berikut adalah objektif-objektif unutk menjalankan Kerja Kursus Geografi ini:

3.1 Menerangkan konsep pencemaran alam sekitar di kawasan SS18 Subang Jaya.

3.2 Menyatakan jenis pencemaran alam sekitar di kawasan SS18 Subang Jaya.

3.3 Mengenalpasti punca pencemaran alam sekitar di kawasan SS18 Subang Jaya.

3.4 Menghuraikan cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam di kawasan SS18 Subang Jaya.

3.5 Menerapkan nilai atau unsur patriotism terhadap penduduk di dalam kawasan SS18 Subang Jaya.

Monday, 28 March 2011

PENDAHULUAN

2.0 Pendahuluan
          
          Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Pencemaran Alam Sekitar Di Kawasan SS18 Subang Jaya, Selangor. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan dan kawasannya dalam lingkungan 5 km sahaja besarnya.
         (Sebab anda kedua. Tulis sendiri -------------------------------------------------). Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus bermula pada 31 Mac 2011 sehingga 30 Mei 2011. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya. 

PENGHARGAAN

1.0 Penghargaan

          Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Geografi seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia dengan jayanya. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn. Rose Chai mewakili Pengetua SMKSU, yang memberi galakan dan kebernaran kepada saya untuk melaksanakan kajian menarik ini.
          Tidak lupa juga kepada Pn. Kanmany Nathan sebagai guru Geografi yang banyak memberi bimbimgan, tunjuk ajar serta menmberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah diyetapkan. Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di sekkitar kawasan Subang Jaya, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kepada ibu bapa tersayang iaitu______________ dan _____________. Selain itu, terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya seerti ______________ yang banyak membantu dari segi kewangan, moral dan idea saya sepanjang menyiapkan kerja kursus Geografi ini.

SENARAI KANDUNGAN

Senarai Kandungan
1.0 Penghargaan                                                                                  m/s 1
2.0 Pendahuluan
3.0 Objektif Kajian
   4.1 Peta Daerah
   4.2 Lakaran Peta Kawasan Kajian
5.0 Kaedah Kajian
6.0 Dapatan Kajian
7.0 Rumusan
8.0 Lampiran
   8.1 Lampiran 1: Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga
   8.2 Lampiran 2: Surat Kebenaran ibu bapa / penjaga
   8.3 Lampiran 3: Soalan Temu Bual
   8.4 Lampiran 4: Borang Soal Selidik
9.0 Rujukan

Thursday, 24 March 2011

THE TITLE

KERJA KURSUS GEOGRAFI
PMR 2011
Pencemaran Alam Sekitar
Di Kawasan SS18 Subang Jaya, Selangor